Thursday 30 August 2012

Tuesday 14 August 2012

Hari ke 26...Menjelang syawal

  Pagi ini aku kesiangan terbangun je dah jam 4.30 walau ku gagahi  b/mana pun, susah sangat nak buka mata.Aku terlelap lagi.Alih2 bangun dah betul 2 mmenjelang  subuh .Beberapa minit kemudian terdengaR laungan azan dari mesjid yang tak jauh dari rumah ku.Aku bangun dengan rasa  kekasalan yg amat sangat.Kesal dan terkilan malam tadi berlalu begitu saja tanpa ibadah pada malam2 10 yang terakhir ini.Kesannya dapat ku rasakan pagi ini..Aku tidak bangun ceria seperti hari2 yang lalu,Aku tidak  terasa gembira & 'ringan" seolah2 tenaga p/charge" dalaman  tiba2 saja terhenti..Begitu le kesan doa n solat malam.Tanpanya hidup hilang seri,jiwa longlai ,terasa begitu sepi sekali....wallahualam..

Semalam hampir sehari suntuk aku berkeliaran di bandar mencari pelbagai keperluan untuk Hari Raya &,juga 'last minute" shopping untuk keluarga yang tak sempat ku buat sebelum itu.Keluasan kawasan dan   Shopping komplex yang berteburan membuang banyak waktu untuk pergi satu tempat ke satu tempat,( di tambah lagi dengan kesukaran parkir) tapi hampa.Sungguh jelas betapa penduduk Melayu /Islam adalah kaum minoriti di negeri ini..nak cari pakaian yang sesuai  yang berkualiti begitu sukar .Hampir2 saja aku putus asa..jelas market adalah untuk target tempatan  golongan muda,yang tidak menutup aurat..festival begini pun begitu susah nak cari..semua yang ada hanya pakaian formal sedangkan yang aku cari adalah yang lebih ringkas &  santai..mujur  akhirnya terjumpa juga yang menepati citarasa..

Suasana raya memang sudah terasa..bandar meriah dengan  pelanggan tempatan dan negara jiran.Bukan semuanya Islam ,tapi ramai yang mengambil peluang membeli belah barangan yang kononnya 'offer' dan lebih murah dari biasa.Tapi pada pandangn ku..biasa saja..malah melambung tinggi harganya.kena budget betul2 ..tidak hujung bulan nanti merana.

BOULEVARD 
Seperkara yang sukar bagi ku untuk menyesuaikan diri kini ialah makanan halal.Bandar sebegini besar tak ternampak pun kedai /pasar kepunyaan orang2 melayu/Islam..Tahun lepas ada sebuah kedai Islam cold storage' jadi bekalan ayam/daging untuk Raya tiada masalah.Tapi sekarang kedai tu dah tutup..Satu bandar aku merayau mencari ayam halal..terjumpa 1 s/market..ada tanda halal..tapi bisikn hati2 yang was2..membuatkan aku langkah kaki sj dan membatalkan niatku..hmmm tidak jadi le  nak masakkn beriani petang ni.

Dalam perjalanan balik singgah Pasar Ramadan di Kem Askar..sepi juga yang ada hanya 3 buah gerai yang lain dah tutup.. semua dah mula buat persediaan untuk Hari Raya atau dah mula balik kampung.Jam dah menhampiri pukul 3..aku terus belah..cuaca panas terik seringkali membuat aku longlai dan maigrain..akibatnya banyak keja yang terbengkalai.Suhu penghawa dingin dalam bilikku pun terasa kurang dingin dari biasa ,walaupun aku dah on ke suhu yang rendah sekali..

Tinggal beberapa hari saja lagi ini,terasa begitu mengejar waktu..sehingga tak tahu mana nak mula.
Terbayang dalam kenangan raya2 masa lampau..orang tua lagi ada,keluarga belum berpecah membawa haluan masing dengan keluarga sendiri..kini sejak arwah Ibu kembali 4 tahun lepas..rumah dikampung begitu sunyi...adik-beradik (hanya 2 org kakak tinggal di situ) tidak balik lgi menjelang syawal tapi balik beraya ke rumah mertua masing2.tidak ada lagi keriuhan menjelang syawal,kesibukan membuat persiapan..Kalau dulu Ibu la yang paling sibuk menyediakn ketupat,lemang dan pelbagai lagi juadah untuk anak cucunya..kini semuanya sepi..malah sekitar rumah pun di tumbuhi lalang seakan2 meratapi pemergian penghuni dan kemesraan yang lalu..

Kalau aku tak balik ..hanya mereka bertiga di rumah itu menyambul takbir syawal..begitu la perjalanan roda hidup..tiada siapa yang menjanjikan kesamaan..tiada yang abadi yang ada hanyalah perubahan.Mungkin agak nya itulah sebabnya aku di takdirkan begini..mungkin takdirku sebagai pelita,sebagai 'guide' untuk orang2 tersayang.seorang demi seorang..sebagai pembantu,penyokong setia..hidup ini saling gantung -bergantung..lengkap melangkapi..itu fitrah dariNYA..dan DIA juga yang menentukan rentak perjalanan hidup ini..walaupun kadang2 amat sukar untuk memahami nikmat dan rahmat disebaliknya..Namun DIA yang MAHA MENGATAHUI..itu lah insan yang hati nya sentiasa berbolak balik....TUHANku jangan lah dibebani aku dengan yang tak terpikul oleh ku,janganlah engkau hukum aku kerana kelemahan dan kealpaan ku dan jgnlah ambil balik segala rahmatmu.Illahi Rabbi sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga mu namun aku juga tidak mampu untuk menempuh neraka mu..oleh itu ampuni dan kasihanilah diri ku...wahai Tuhan yang maha PENGASIH...
Tamu/Pasar Kedayan
                     Ini lah Jln untuk balik kpg

Monday 13 August 2012

Nostalgia Ramadan - Menghayati erti syukur


Suasana samar dlm bilik menjelang pagi selepas subuh ,mengimbaukan kenangan ke masa lalu,bagaikn sorotan video satu demi satu gambaran pengalaman2 mengharungi bulan Ramadan,lepas simpang siur silih berganti  tertayang di ruang minda ku..

Mungkin juga berpeluang untuk menhabiskn Ramadan tahun ini du rumah yg sama ,yg telah ku tinggalkn sejak sekian lama..keadaan nya masih sama..sedikit usang di mamah waktu..persekitaran mungkin lebih sibuk n bising dari dulu ,jiran2 pula ada yg dah berpindah dan ada pula yg telah pergi.yg lagi menghuni taman ini jelas telah bertambah uisanya..budak2 yg dulu comel berlari sakan n sering bergaduh main mercun dah berjambang,anak dara dah mendukung bayi & si cilik yg duk asyik melalaka dulu pun  sekarang gadis genit jelita..ya lah sama gak si Zul (anak buahku) yg masa itu ku dukung pakai pampers terbalik..sekarang menuntut di tingkatan 6,manakala kakaknya pula dah di IPTA.begitu cepat masa berlalu...

Kesibukan,keuzuran begitu melalaikan,tidak terasa kini menjelang hari2 terakhir Ramadan...tahun ini begitu bnyak hari yg terpaksa ku tinggalkan dek ke uzuran usia yg kian meningkat..namun bila ku sorotkan kembali..terasa begitu bnyak juga nikmat yang lagi ku kecapi  malah begitu bnyak dari dulu..

Paling utama ilmu,ilmu untuk memahami n menghayati ibadahdlm ertikata yg sebenarnya..ilmu ilmu yg mensujudkan kepala ke bumi mensyukuri kurnian Illahi,mensyukuri iman n rahmat yg tidak terperi..n aku sungguh bersyukur dengan apa yg Allah pinjamkan saat ini..

Seingat ku pada masa dan tahun2 yang lepas setiap Ramadan aku sentiasa di belenggui oleh 3 perkara yg membuat ku gelisah dan tidak dapat menjalani ibadah dengan sempurna seperti yang ku inginkan;
pertama kesibukan bertugas di bulan puasa, di tambah pula dengan kesibukan sebagai suri rumah yang selalu membuat ku kepenatan  sehingga sukar untuk  pergi berterawih n bangun malam.Kedua keselesaan tempat tinggal atau rumah yg serba tak lengkap dan ketiga kenderaan.Kesemua ini membuat kehidupan kurang selesa  menjalani puasa dalam keadaan yg sukar n melemahkan..

Teringat semasa berpuasa di kota Kucing, Ramadan tahun tu ku rasa begitu mencabar sekali..aku baru pindah kereta tak dapt ku bawa.. aku terpaksa naik 2 buah bas nak balik ke rumah lepas tu kena jaln kaki pula dari bas stop ke rumah yang jauhnys lebih kurang  1 km..waktu pagi tak lah terasa sangat kerana aku keluar rumah jam 5.1/4 pagi ..lagi sejuk dan gelap walau pun aku selalu mengantuk,,maklum belum teradjust waktu..sebelum tu aku bertugas mula jam 8.1/2 pagi.. jam tujuh/7 1/2 nak pergi pejabat pun okay..tapi sekarang kena pergi pukul 5 maknanya kena bangun jam 4..malam pula selalu terlewat tido nak siapkan kerja untuk esoknya..aduhai itulah pengorbana ku tuk anak bangsa..

Time balik sungguh memeritkan..Ramadan tahun tu cuaca panas terik..nak balik rumah kena tunggu bas kuning yang selalu lambat  dalam terik matahari sekita 1/2 jam aku terpaksa menunggu bas yang paling lambat kat dunia( mengikut tafsiran seorg muridku)jam 2/3 ptg adalah waktu yg terlalu panas.peluh mencurah2 badan jadi melikit2 dahaga aduh tidak terhingga..seringkali aku berdoa dalam hati supaya tahun2 mendatang supaya aku tidak beribadah dalam suasana begini..supaya aku berpuasa ditempat dan rumah ku sendiri..namaun dalam pahit ada manisnya..Ha juadah di pasar Ramadan di sekitar Kucing  murah dan sedap..wlau pun kena jalan kaki berkilo meter aku gagah jua hampir 2 waktu berbuka untuk membeli juadah  berbuka..terubuk bakar,bubur pedas ,ayam masak kacang ma,laksa sarawak.dll rambang mata dibuatnya..Hmmm  bualan puasa tekak kadang bole mengiler..doa ku di makbulkan tak lama selepas itu aku melanjutkan lagi pengajian ku ke UKM Bangi selama 1 tahun..itu merupakan masa bak bulan madu dr segi keselesaan tp masalah sama juga kederaan..

Masa yang terlalu sibuk ialah semasa  duduk di Singapura tapi bekerja di Johor..Aduh hari biasa sj sudah memenatkan ni kn pula pd bualan puasa..aku  umpama keluardengan matahari dan balik dengan bulan..kalo di kucing kena naik 2 buah bas..sini kena naik 2 buah bas di JB 2 ciq,2,naik MRT,DAN 2 buah bas lgi di singapura baru lah sampai ke rumah ..seringkali aku berbuka dalam bas..balik pula kena singgah di s/market  sebelum bergegas menunggu bas yang sentiasa penuh. bergayut le tuk 1/2 jam lg dengan bag yang berat.. ada sekali tu aku sungguh penat  dengan  tugas yang lebih bnyak dari biasa..so aku call arwah suamiku supaya tolong buat kan teh untuk ku balik nanti..dia menjawab ceria balik saja semua beres kakaknya dah masak semua..petang tu aku balik senang hati dan seperti biasa waktu berbuka aku lagi dalam bas..Aku berbuka dengan air mineral sambil terbayang  juadah yang menanti ku  di rumah..sampai rumah dah gelap ,sebaik memberi salam aku terus masuk kedapur kerana nak mengejar waktu solat.aku buka periuk..ya Tuhan..betul semua makanan ada tapi 1pun  aku tak boleh makan atau yang memang tekak ku tak boleh telan aku capai teko kut2 ada le air teh untuk ku..kosong..terasa air mataku mengalir, sedih pilu,geram.marah silih berganti..tapi ku pendam saja ,aku terus mandi dan solat.. selesai saja solat ku capai beg tangan ,suami (arwah) beralasan nak buat bila aku sampai je supaya tak sejuk..aku diam saja malas  nak jwb sebaliknya minta izin keluar kejap.kakak iparku buat dek je..aku terus melangkah menuju ke kedai yang terdekat.Sasaran ku sebuah restoran..syukur masa tu dah agak lengang agaknya kebanyakan orang islam dah pergi terawih ..aku pun apa lagi terus saja oder spring chicken dan mula melantak bagaikan seminggu tak makan....peristiwa tu dah lama berlalu namun terpahat dlm kenangan  bagaikan semalam..baru sekarang aku faham setiap yang aku lalui itu adalah tarbiah buat ku agar menjadi seorang manusia yang lebih baik ,agar meningkatkan kemanusian ku.,agar menghayati dan mensyukuri apa yang ada.supaya qanaah supaya redha dengan takdir..dan lebih penting lagi supaya menjadi seorang yang memahami  akan penderitaan orang lain dan seterusnya pemurah..setiap yang aku lalui itu adalah pengajaran yang tidak ternilai harganya.,,supaya aku faham bahawa setiap orang yang mendatangi ku minta dbantu..tiap peluang untuk membantu  itu adalah bonus..yang Allah bagikan untuk bulan ini..bonus  pahala yang di bagikan untuk kita tanpa kita sedari.Bukan kah semuanya itu sedekah  dan pahala kalau kita lakukan kerana mengharapkan keredhaan ALLAH? dan bukankah semua pahala itu berlipatganda pada bulan yang mulia ini? dan bukankah Allah membuka semua pintu syurga dan menutup pintu neraka pada bulan yang cukup barkah ini? tanpa kita sedari semua peluang ini kita sia2kan saja..betapa banyak yang alpa ,yang mengangapkan untung itu rugi tapi rugi itu lah untung?  susah itu bahagia,tapi bahagia itu mungkin bencana? sugul di timpa musibah tapi terpikirkah bahawa musibah itu munkin 1 pintu menuju kebahagian? memang zahirnya manusia dan alam tapi sesungguhnya segala2gala dari DIA juga..tidak bergerak satu benda pun di alam maya ini tanpa izinnya...and so aku belajar erti syukur dan aku sungguh 2 bersyukur di lanjutkan usia untuk sekali lagi bertemu dengan bulan ini..betul  aku tak dapat memenuhi nya tahun ini ,aku tak dapat ke masjid untuk berterawih tapi aku bersyukur dapat beribadah semampu ku..boleh berterawih di rumah boleh juga mnghayati malam2nya..boleh membantu keluargaku..aku syukur tahun ini aku berpuasa dengan selesa di rumah ku..aku tak perlu lagi mengharungi cuaca panas..  rumah dan kereta ku sentiasa dingin..kalau aku tak boleh memasak boleh saja ke pasar Ramadan dan jiran ku pula selalu  mghantar sepiring dua juadah untuk berbuka..paling syukur aku boleh bersntai2 di atas katil dan bilik tidor ku yang serba nyaman dan damai..Thank You ALLAH..sesungguhnya benar lah setiap kesukaran itu ada kemudahan 2x..