Sunday 9 September 2012

Pindah lagi...

selepas hujan

Salah 1 pokok dr taman ku
Buluh
Apt di  Nusajaya

Pantai Bakam
 Diam tak diam tak disedari dah 2 tahun aku jadi penghuni di pekan ini.Tidak pernah terlintas untuk mendiami kawasan ini apa lgi dalm waktu yag agak lama jua..Begitu la rentak dan suratan hidup tidak siapa yg boleh menentukan .Hari ini kita ceria bahagia,esok? entah berduka dan merana.Sudah begitu fitrahnya  kehidupan ini bagaikan laut ada pasang surutnya.. ada masa tenang dan  ada masa gelora.Hanya yang pasti sekali  air bah sekali tu la pasir berubah...

Surau

Ribut & angin kencang

Bus -stop  yang setia

Pekan lima kedai
Jujurnya ini kali pertama aku tinggal di taman Perumahan Rakyat sebegini..serta tinggal dlm  lingkungan masyarakat sedemikian.Dulu aku seringkali berpindah -randah kerana tugas,tidak pernah lama menduduki satu2 tempat.Kesibukan bertugas pulak tidak  memberi ruang untuk,berkawan rapat, apa lagi  untuk beramah mesra dan sering kunjung-mengunjungi.Waktu cuti dihabiskan dengan rehat atau balik kampung.Masa begitu berharga di rasai.

larian Desa..murid2 SRJK
Lumrah insan bila kehilangan baru terasa nikmat.Baru aku sedar akan nilai  rumah dan kejiranan ini.Aku akan 'merasa kehilangan' laman   yang agak luas ini  serta taman ku.Aku juga tidak lagi akan semudah itu bertandang dan berborak2 dgn kawan2  di bawah pokok di rumah hujung itu.Begitu juga kemesraan yg 'keterlaluan" n sikap ambil tahu yang aku anggap" kepoh" selama ini akan mnjadi satu kerinduan. dan tinggal kenangan.Begitu lah.kadang2 apa yang kita tidak suka itu kadang2 baik untuk kita dan begitu jugalah sebaliknya.Yang pasti ada hikmah disebalik semua perkara hanya tinggal untuk kita melihat disebalik semua itu..

Memang semua oraang ada kelemahannya,tapi bagi setiap yang buruk ada baiknya.Setiap kelemahan itu ada kelebihanya.Itu lah insan.Hidup berjiran bersama mereka telah mendedahkan aku ke satu pengalaman yang baru.Pengalaman yang memperkaya n & mematangkan lagi diriku.Bagaimana kita boleh memahami dan mengenali tingkah -laku  dan sikap manusia kalau kita tidak berinteraksi bersama2? Manusia bermacam -ragam hanya rambut saja sama hitam? Hidup berjiran dan berkawan rapat memberi peluang untuk mengenali hati - budi masing2 dan seperti air di laut manusia itu juga bermacam ragam  serta ada pasang surutnya.Tinggal untuk kita memilih ,mengharungi masa bila untuk belayar.

Itu lah hidup dan kehidupan. Yang pasti 2 tahun di situ telah memperkaya dan mewarnakan hidup ku lagi .Lalu aku pun mengerti kenapa aku ditakdirkan mampir dan berehat seketika di Pekan ini.Thank you Allah atas rahmatMu!

Wednesday 5 September 2012

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Hassan Ali Dibelasah Bekas Mufti Dalam Bua...

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Hassan Ali Dibelasah Bekas Mufti Dalam Bua...: S emalam, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Ab...