|
selepas hujan |
|
Salah 1 pokok dr taman ku |
|
Buluh |
|
Apt di Nusajaya |
|
Pantai Bakam |
Diam tak diam tak disedari dah 2 tahun aku jadi penghuni di pekan ini.Tidak pernah terlintas untuk mendiami kawasan ini apa lgi dalm waktu yag agak lama jua..Begitu la rentak dan suratan hidup tidak siapa yg boleh menentukan .Hari ini kita ceria bahagia,esok? entah berduka dan merana.Sudah begitu fitrahnya kehidupan ini bagaikan laut ada pasang surutnya.. ada masa tenang dan ada masa gelora.Hanya yang pasti sekali air bah sekali tu la pasir berubah...
|
Surau |
|
Ribut & angin kencang |
|
Bus -stop yang setia |
|
Pekan lima kedai |
Jujurnya ini kali pertama aku tinggal di taman Perumahan Rakyat sebegini..serta tinggal dlm lingkungan masyarakat sedemikian.Dulu aku seringkali berpindah -randah kerana tugas,tidak pernah lama menduduki satu2 tempat.Kesibukan bertugas pulak tidak memberi ruang untuk,berkawan rapat, apa lagi untuk beramah mesra dan sering kunjung-mengunjungi.Waktu cuti dihabiskan dengan rehat atau balik kampung.Masa begitu berharga di rasai.
|
larian Desa..murid2 SRJK |
Lumrah insan bila kehilangan baru terasa nikmat.Baru aku sedar akan nilai rumah dan kejiranan ini.Aku akan 'merasa kehilangan' laman yang agak luas ini serta taman ku.Aku juga tidak lagi akan semudah itu bertandang dan berborak2 dgn kawan2 di bawah pokok di rumah hujung itu.Begitu juga kemesraan yg 'keterlaluan" n sikap ambil tahu yang aku anggap" kepoh" selama ini akan mnjadi satu kerinduan. dan tinggal kenangan.Begitu lah.kadang2 apa yang kita tidak suka itu kadang2 baik untuk kita dan begitu jugalah sebaliknya.Yang pasti ada hikmah disebalik semua perkara hanya tinggal untuk kita melihat disebalik semua itu..
Memang semua oraang ada kelemahannya,tapi bagi setiap yang buruk ada baiknya.Setiap kelemahan itu ada kelebihanya.Itu lah insan.Hidup berjiran bersama mereka telah mendedahkan aku ke satu pengalaman yang baru.Pengalaman yang memperkaya n & mematangkan lagi diriku.Bagaimana kita boleh memahami dan mengenali tingkah -laku dan sikap manusia kalau kita tidak berinteraksi bersama2? Manusia bermacam -ragam hanya rambut saja sama hitam? Hidup berjiran dan berkawan rapat memberi peluang untuk mengenali hati - budi masing2 dan seperti air di laut manusia itu juga bermacam ragam serta ada pasang surutnya.Tinggal untuk kita memilih ,mengharungi masa bila untuk belayar.
Itu lah hidup dan kehidupan. Yang pasti 2 tahun di situ telah memperkaya dan mewarnakan hidup ku lagi .Lalu aku pun mengerti kenapa aku ditakdirkan mampir dan berehat seketika di Pekan ini.Thank you Allah atas rahmatMu!