Saturday, 17 November 2012

Thursday, 1 November 2012

"Insight" Tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya"

Bulan kesiangan..
Kita selalu sangat terlepas pandang,ambil mudah(take for granted)dan kadang2 munkin juga 'kufur nikmat' oleh kerana apa yg kita dapati selalunya" free.."

 "Manusia  & jin diciptakan untuk beribadah kepadaNya.. apakah manusia itu memikirkan mereka tidak di uji?" ya kita sering lupa,sering alpa n seringkali juga tidak bersyukur dengan apa yang ada..


Alam tiada yang tidak sempurna sekali pun sehelai daun
Tiada siapa yang menjanjikan hidup ini sentiasa senang,sentiasa  damai tanpa bergolak.Bagaikan air di laut hidup ini sentiasa ada pasang surutnya..terpulanglah untuk kita menyesuaikan diri untuk menghadapinya..berusaha menguasai/menyesuaikan diri  dalam apa jua keadaan? atau menyerah kalah lalu hidup sentiasa dalam kekusutan..Demikainlah..kala musibah datang bertandang, duka  & lara silih berganti kemana nak dihadapkan diri ini? kepada siapa  nak mengadu? Teman? Saudara? sahabat? Aduhai..bak kata2 seorg teman yg jua seorg uztazah.".usah mengadu masalah pada orang ,orang tak nak dengar nanti jadi masalah orang pulak.."

Kuntuman sentiasa menjanjikan keindahan sekalipun sedang layu..
Benar sekali berapa kerat yang betul2 sanggup bersama ketika susah? Kecuali yang betul2 ikhlas.... sebab itu mengharap kepada mahkluk sekali pun orang yang tersayang munkin kita akan kecewa.Tidak semesti  kasih sayang yang seringkali diucapkan itu berbekas di hati..mungkin juga kalau mengharap sangat kita akan merana akhirnya..Hanya satu yang kekal abadi sifat kasihNYA...hanya DIA...

Tapi itulah manusia sering lupa,keluh kesah gopoh termasuk diri ku..hampir2 aku hilang pertimbngan bila diuji sedemikian rupa..Aku lupa segala2nya,lupa bahawa aku sedang diuji.Aku jadi stress dgn tekanan yang bertali - arus aku jadi geram, marah,murung malah hampir2 saja bertindak bodoh..Aku lupa segala2nya...


Kerenah birokasi ,serta  staff pejabat  yang banyak songgeh membuat aku jadi muak & tawar hati  untuk terus mendiami apartmen ni..walaupun  pada mulanya aku sangat berkenan dan begitu teruja untuk pindah.Lagipun nawaitu  pada mulanya.pindah ini adalah   satu hijrah .satu permulaan ..satu tekad ke arah perjalanan yang mohon direstui.malangnya...sikit saja diuji aku dah hampir tewas... namun kasihnya tidak bertepi...

Benci ku pada perangai staff2 itu sampai menhadirkan' fobia' kepada diri dan jg rumah ini..tiap hari aku keluar dan balik bila malam saja.. aku sudah tidak minat untuk mengemas dan menghiaskan lagi seperti pada mulanya termasuk mengantungkan langsir yang telah ku tempah ..

Sedang aku berpikir pro & kontra untuk  cari lagi tempat lain..aku dapatkan juga pandangan dari sahabat dan adik iparku..pendapat mereka meredakan  tekanan yang aku alami ..Alhamdullilah dalam masa orang yang tersayang membiarkan aku terlantar menyelesaikan masalah sendiri .DIA  tetap tidak membiarkan aku sendiri di'buka'nya hati2 untuk bersama2ku saat itu..Terima kasih teman2 khasnya Miji  Tan(Yol )walaupun tak pernah bersua begitu prihatin dengan diriku..sehingga la pagi Jumaat...
terdetik di hati..yang tak pernah terfikir , yang terhijab dari  hati?..takkan terjadi tanpa izinnya...

Dah lama aku mengeluh dan menderita tidak selesa dah lama berdoa untuk tempat yang lebih baik.inilahpemberiannya... ini adalah  rezeki dariNYA..Rahmatnya? aduh kenapa kah hati ini tidak mengerti? mata ini tidak dapat melihat? dan jiwa ini tidak dapat merasa? Ini rezeki darinya..pinjaman untuk digunakan sebaik mungkin kejalanNYa..Ya ALLAH aku sungguh terharu & lantas sujud syukur...

My plants & their new home
Kenapa aku mengelabah tak tentu pasal? kenapa takut tidak menentu? Bukankah Dia yang pegang SEMUA hati MAHKLUK? Bukan kah selepas setiap kesusahan itu ada kemudahan? ( ayat ini diulangi 2 kali dalam alQuran).Aku sungguh2 terharu ..aku pun mengerti rupa2nya aku sedang ditarbiahkan supaya mengenali hakikat tawakal,redha & supaya bersyukur dengan apa yang ada..dan aku sungguh2 bersyukur tanpa musibah itu tidak mungkin aku mengerti dan tidak mungkin aku akan begitu menghargai erti sebuah persahabatan dan persaudaraan.dan yang paling aku syukuri.. DIA  kembalikan silaturahim yang telah lama terpisah ..satu demi satu...sesungguhnya DIA LAH YANG MAHA KAYA & MAHA PENGASIH..Thank you Allah!




Sunday, 9 September 2012

Pindah lagi...

selepas hujan

Salah 1 pokok dr taman ku
Buluh
Apt di  Nusajaya

Pantai Bakam
 Diam tak diam tak disedari dah 2 tahun aku jadi penghuni di pekan ini.Tidak pernah terlintas untuk mendiami kawasan ini apa lgi dalm waktu yag agak lama jua..Begitu la rentak dan suratan hidup tidak siapa yg boleh menentukan .Hari ini kita ceria bahagia,esok? entah berduka dan merana.Sudah begitu fitrahnya  kehidupan ini bagaikan laut ada pasang surutnya.. ada masa tenang dan  ada masa gelora.Hanya yang pasti sekali  air bah sekali tu la pasir berubah...

Surau

Ribut & angin kencang

Bus -stop  yang setia

Pekan lima kedai
Jujurnya ini kali pertama aku tinggal di taman Perumahan Rakyat sebegini..serta tinggal dlm  lingkungan masyarakat sedemikian.Dulu aku seringkali berpindah -randah kerana tugas,tidak pernah lama menduduki satu2 tempat.Kesibukan bertugas pulak tidak  memberi ruang untuk,berkawan rapat, apa lagi  untuk beramah mesra dan sering kunjung-mengunjungi.Waktu cuti dihabiskan dengan rehat atau balik kampung.Masa begitu berharga di rasai.

larian Desa..murid2 SRJK
Lumrah insan bila kehilangan baru terasa nikmat.Baru aku sedar akan nilai  rumah dan kejiranan ini.Aku akan 'merasa kehilangan' laman   yang agak luas ini  serta taman ku.Aku juga tidak lagi akan semudah itu bertandang dan berborak2 dgn kawan2  di bawah pokok di rumah hujung itu.Begitu juga kemesraan yg 'keterlaluan" n sikap ambil tahu yang aku anggap" kepoh" selama ini akan mnjadi satu kerinduan. dan tinggal kenangan.Begitu lah.kadang2 apa yang kita tidak suka itu kadang2 baik untuk kita dan begitu jugalah sebaliknya.Yang pasti ada hikmah disebalik semua perkara hanya tinggal untuk kita melihat disebalik semua itu..

Memang semua oraang ada kelemahannya,tapi bagi setiap yang buruk ada baiknya.Setiap kelemahan itu ada kelebihanya.Itu lah insan.Hidup berjiran bersama mereka telah mendedahkan aku ke satu pengalaman yang baru.Pengalaman yang memperkaya n & mematangkan lagi diriku.Bagaimana kita boleh memahami dan mengenali tingkah -laku  dan sikap manusia kalau kita tidak berinteraksi bersama2? Manusia bermacam -ragam hanya rambut saja sama hitam? Hidup berjiran dan berkawan rapat memberi peluang untuk mengenali hati - budi masing2 dan seperti air di laut manusia itu juga bermacam ragam  serta ada pasang surutnya.Tinggal untuk kita memilih ,mengharungi masa bila untuk belayar.

Itu lah hidup dan kehidupan. Yang pasti 2 tahun di situ telah memperkaya dan mewarnakan hidup ku lagi .Lalu aku pun mengerti kenapa aku ditakdirkan mampir dan berehat seketika di Pekan ini.Thank you Allah atas rahmatMu!

Wednesday, 5 September 2012

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Hassan Ali Dibelasah Bekas Mufti Dalam Bua...

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Hassan Ali Dibelasah Bekas Mufti Dalam Bua...: S emalam, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Ab...