Tuesday 14 August 2012

Hari ke 26...Menjelang syawal

  Pagi ini aku kesiangan terbangun je dah jam 4.30 walau ku gagahi  b/mana pun, susah sangat nak buka mata.Aku terlelap lagi.Alih2 bangun dah betul 2 mmenjelang  subuh .Beberapa minit kemudian terdengaR laungan azan dari mesjid yang tak jauh dari rumah ku.Aku bangun dengan rasa  kekasalan yg amat sangat.Kesal dan terkilan malam tadi berlalu begitu saja tanpa ibadah pada malam2 10 yang terakhir ini.Kesannya dapat ku rasakan pagi ini..Aku tidak bangun ceria seperti hari2 yang lalu,Aku tidak  terasa gembira & 'ringan" seolah2 tenaga p/charge" dalaman  tiba2 saja terhenti..Begitu le kesan doa n solat malam.Tanpanya hidup hilang seri,jiwa longlai ,terasa begitu sepi sekali....wallahualam..

Semalam hampir sehari suntuk aku berkeliaran di bandar mencari pelbagai keperluan untuk Hari Raya &,juga 'last minute" shopping untuk keluarga yang tak sempat ku buat sebelum itu.Keluasan kawasan dan   Shopping komplex yang berteburan membuang banyak waktu untuk pergi satu tempat ke satu tempat,( di tambah lagi dengan kesukaran parkir) tapi hampa.Sungguh jelas betapa penduduk Melayu /Islam adalah kaum minoriti di negeri ini..nak cari pakaian yang sesuai  yang berkualiti begitu sukar .Hampir2 saja aku putus asa..jelas market adalah untuk target tempatan  golongan muda,yang tidak menutup aurat..festival begini pun begitu susah nak cari..semua yang ada hanya pakaian formal sedangkan yang aku cari adalah yang lebih ringkas &  santai..mujur  akhirnya terjumpa juga yang menepati citarasa..

Suasana raya memang sudah terasa..bandar meriah dengan  pelanggan tempatan dan negara jiran.Bukan semuanya Islam ,tapi ramai yang mengambil peluang membeli belah barangan yang kononnya 'offer' dan lebih murah dari biasa.Tapi pada pandangn ku..biasa saja..malah melambung tinggi harganya.kena budget betul2 ..tidak hujung bulan nanti merana.

BOULEVARD 
Seperkara yang sukar bagi ku untuk menyesuaikan diri kini ialah makanan halal.Bandar sebegini besar tak ternampak pun kedai /pasar kepunyaan orang2 melayu/Islam..Tahun lepas ada sebuah kedai Islam cold storage' jadi bekalan ayam/daging untuk Raya tiada masalah.Tapi sekarang kedai tu dah tutup..Satu bandar aku merayau mencari ayam halal..terjumpa 1 s/market..ada tanda halal..tapi bisikn hati2 yang was2..membuatkan aku langkah kaki sj dan membatalkan niatku..hmmm tidak jadi le  nak masakkn beriani petang ni.

Dalam perjalanan balik singgah Pasar Ramadan di Kem Askar..sepi juga yang ada hanya 3 buah gerai yang lain dah tutup.. semua dah mula buat persediaan untuk Hari Raya atau dah mula balik kampung.Jam dah menhampiri pukul 3..aku terus belah..cuaca panas terik seringkali membuat aku longlai dan maigrain..akibatnya banyak keja yang terbengkalai.Suhu penghawa dingin dalam bilikku pun terasa kurang dingin dari biasa ,walaupun aku dah on ke suhu yang rendah sekali..

Tinggal beberapa hari saja lagi ini,terasa begitu mengejar waktu..sehingga tak tahu mana nak mula.
Terbayang dalam kenangan raya2 masa lampau..orang tua lagi ada,keluarga belum berpecah membawa haluan masing dengan keluarga sendiri..kini sejak arwah Ibu kembali 4 tahun lepas..rumah dikampung begitu sunyi...adik-beradik (hanya 2 org kakak tinggal di situ) tidak balik lgi menjelang syawal tapi balik beraya ke rumah mertua masing2.tidak ada lagi keriuhan menjelang syawal,kesibukan membuat persiapan..Kalau dulu Ibu la yang paling sibuk menyediakn ketupat,lemang dan pelbagai lagi juadah untuk anak cucunya..kini semuanya sepi..malah sekitar rumah pun di tumbuhi lalang seakan2 meratapi pemergian penghuni dan kemesraan yang lalu..

Kalau aku tak balik ..hanya mereka bertiga di rumah itu menyambul takbir syawal..begitu la perjalanan roda hidup..tiada siapa yang menjanjikan kesamaan..tiada yang abadi yang ada hanyalah perubahan.Mungkin agak nya itulah sebabnya aku di takdirkan begini..mungkin takdirku sebagai pelita,sebagai 'guide' untuk orang2 tersayang.seorang demi seorang..sebagai pembantu,penyokong setia..hidup ini saling gantung -bergantung..lengkap melangkapi..itu fitrah dariNYA..dan DIA juga yang menentukan rentak perjalanan hidup ini..walaupun kadang2 amat sukar untuk memahami nikmat dan rahmat disebaliknya..Namun DIA yang MAHA MENGATAHUI..itu lah insan yang hati nya sentiasa berbolak balik....TUHANku jangan lah dibebani aku dengan yang tak terpikul oleh ku,janganlah engkau hukum aku kerana kelemahan dan kealpaan ku dan jgnlah ambil balik segala rahmatmu.Illahi Rabbi sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga mu namun aku juga tidak mampu untuk menempuh neraka mu..oleh itu ampuni dan kasihanilah diri ku...wahai Tuhan yang maha PENGASIH...
Tamu/Pasar Kedayan
                     Ini lah Jln untuk balik kpg

No comments:

Post a Comment